Rabu, 14 Januari 2009

LeaRn ThrOugH pLAyinG...


Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Belajar melalui bermain merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Menurut ahli teoris Piaget dan Froebel, pembelajaran yang paling berkesan bagi kanak-kanak, adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang mengembirakan (Piaget dan Frobel dlm Panduan Kurikulum Prasekolah 2003). Bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan kanak-kanak. Umpamanya Maria Montessori mengemukakan pandangan bahawa kanak-kanak yang belajar melalui aktiviti bermain, sebenarnya dalam aktiviti permainan kanak-kanak yang dialaminya, kanak-kanak itu bekerja bersungguh-sungguh bagimenguasai sesuatu kemahiran. Kanak-kanak bermain dengan arahan oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain dan bebas daripada segala peraturan, tingkah laku dan melibatkan diri secara aktif sebenarnya mencipta satu makna yang sombolik dalam diri kanak-kanak tersebut. Apatah lagi aktiviti tersebut apabila dikoperatifkan bersama kanak-kanak lain, pembelajaran yang kita lihat sebagai tiada manfaat namun memberi pengertian yang mendalam terhadap kanak-kanak tersebut. Bermain juga merupakan media untuk kanak-kanak mencorakkan perasaan mereka, meneroka hubungan, menceritakan pengalaman, menyatakan keinginan dan segala yang terpendam dalam diri mereka.



Penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain menjadi fitrah kanak-kanak. Aktiviti ini mengembirakan dan memberi peluang kepada kanak-kanak membuat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Permainan yang bebas dan terancang. Tidak ‘rigid’ iaitu mempunyai kelonggaran masa disamping memberi peluang mencuba idea sendiri dan memberi peluang membuat pemerhatian dan tumpuan bagi mencari sesuatu jawapan. Melalui permainan juga dapat memupuk kepimpinan murid dan menghilangkan rasa kekecewaan atau kegelisahan


Di peringkat prasekolah, tumpuan pendidikan kepada kesediaan belajar. Aktiviti yang dijalankan berpandukan konsep belajar melalui bermain iaitu proses pembelajaran secara tidak formal tetapi berstruktur, terancang dan ada tujuan tertentu. Unsur mudahubah atau ‘fleksible’ ditegaskan semasa menjalankan aktiviti prasekolah. Belajar melalui bermain , memainkan peranan penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan individu secara menyeluruh dan seimbang. Sebagai bakal guru-guru prasekolah, kita hendaklah berusaha merancangkan aktiviti supaya kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Menerusi permainan, kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda, mencipta, meruntuh dan membina. Selain itu, secara tidak langsung mereka mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti kemahiran sosial, bahasa dan berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani.

MiZz NanA Blog List

About This Blog

Our Blogger Templates Web Design

Mizz NaNa FwEn"z